Monolog Cinta : Kasut Plastik

MONOLOG CINTA 
KASUT PLASTIK



Bila musim hujan, aku kena pakai kasut plastik ke sekolah. Kena kayuh basikal ke sekolah. Pakai kasut kain basah dan bila jemur susah kering. Cepat kotor pula bila kena air lumpur. Pakai kasut plastik selamat. Mudah kering senang cuci dan nampak putih.

Tapi ramai kawan ejeklah. Sebab bau busuk. Kaki jadi berbau dan ramai yang tak enak. Apa boleh buat, tak ada pilihan. Tak nak pakai kasut kain basah berbau jugak dan kotor. Yang aku tak seronok bila Maria senyum-senyum tengok kasut plastik aku. Aku tak mau pakai kasut kain kerana malu dengan Maria. Bajunya comel bergosok, kasut putih bersih dan dua ikatan ekor kuda di kepala.. begitu Maria sangat aku kagumi. Bila dia acap kali senyum aku rasa luka...

Rupanya baru sekarang aku sedar apa yang berlaku dalam kelas tu adalah tekanan psikologi. Ada kawan tak mauhu lagi ke sekolah kerana kena ejek dan berhenti. Tak tahan tekanan emosi. Tiada siapa peduli, guru pun tak ambil kisah masalah kasut.

Kalau hari ini masalah kasut berbau ini muncul apa kata semua orang? Ada di kampung pedalaman anak-anak pakai kasut berbau dan tidak digemari guru. Di bandar macam mana? Ia tekanan bagi murid dan rasa terpinggir.

Fahami jiwa anak-anak bantu mereka membesarkan keyakinan dan kepercayaan bahawa peduli masalah kasuy berbau tetapi yakin awak boleh berjaya...

Aku pernah lalui aku tahu, cuma aku sedikit keras hati dan berjaya lalui dengan cekal. Malu tetap malu tapi tak seburuk kawan-kawan yang kandas dan entrah apa nasib mereka sekarang. Maria aku tahu kamu tak berniat menghina aku. Tapi sampai hari ini aku masih terbayang senyum sinisnya. Bergelora jiwaku. Di mana kamu sekarang? Lama aku tak bertanya kerana aku luka. Maafkan aku terlalu padamu...

Lebarkan sayap cintramu dunia akan terbang bersamamu...

Comments