Kubentangkan Sehelai Peta




Kubentangkan Sehelai Peta merupakan teks baru Kesusasteraan Melayu Elektif Tingkatan 4 dan 5 yang mula digunakan pada tahun 2015.

Naskah ini merupakan antologi teks Kesusasteraan Melayu Moden yang mengandungi karya-karya dari genres sajak, cerpen dan drama. Terdapat 26 buah puisi moden, 10 cerpen dan dua buah drama moden.

Pendahuluan antologi ini menyebut " Karya sastera yang dimuatkan dalam antologi ini sarat dengan pengajaran dan keindahan dan dapat dijadikan santapan rohani pembaca untuk memahami dan menghayati nilai serta memperkaya rasa kemanusiaan dalam konteks kehidupan"

Selain itu tujuan antologi ini dijelaskan dalam kata pendahuluan sebagai :
"Melalui karya-karya seperti ini murid dapat mengenalpasti dan menikmati karya sastera hasil nukilan pengarang tanah air. Selainnya menggalakkan budaya minat membaca dalam kalangan murid, karya tersebut dapat menjadi saluran bagi murid memahami budaya dan cita rasa masyarakat di negara ini. Diharapkan juga murid akan berminat untuk mengembangkan bakat penulisan dengan berkarya bagi melahirkan idea mereka sendiri di samping meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu"

 Sajak Dalam Antologi Kubengkan Sehelai Peta ialah :

1. Virus dari Langit Global - Nur Suhada Sayuti
2. Seorang Tua di Kaki Tamadun - Fadh Razy
3. Selamat Tinggal Eropah II - Muhammad Hj. Salleh
4. Menterjemah Bahasa - Abdul Rahim Omar
5. Citra Pelangi 1Malaysia - A. Halim Ali
6. Mencintai Tanah ini - Lim Swee Tin
7. Ini Tanah Kita - Salman Sulaiman
8. Sekeping Kartu Kecil - Mohd Adid Ab Rahman
9. Kubentang Sehelai Peta - T. Alias Taib
10. Sepi Syawal Tanpa Bonda - Amylia Hussain
11. Kata Bukit kepada Jentolak - Mohd Faizal Said
12. Lidah Anakku Berbelang-belang - Abizai
13. Ingatan kepada Kawan "XXIV" - Zaen Kasturi
14. Jalur yang Tidak Pernah Terpadam - Jasni Matlani
15. Pancang Kenangan - Khadijah Hashim
16. Kolek Bonda - Aminah Mokhtar
17. Kuntum Rahsia dari Taman Takdir - WB Rendra
18. Aku Tidak Berani Berjanji - Rosli K. Matari
19. Aku Hanya Mahu ke Seberang - Hashim Yaacob
20. Wanita dan Laut - Mahaya Mohd Yassin
21. Ranting - Hilmi Rindu
22. Belajarlah Memahaminya - Gunung Legenda - Shapiai Muhamad Ramly
23. Pada Glaukoma ke Ahmar - Abd. Razak @ Rezeki Othman
24. Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai - Naapie Mat
25. Mari Kita Cipta Alam Lestari - Nimoiz T.Y.
26. Kembali ke Rumah Nurani - Husna Nazri

Cerpen  Dalam Antologi Kubengkan Sehelai Peta  mengandungi :

1. OOOOOOOOOO - Shahnon Ahmad
2. Rindu Seorang Rafik - Nisah Hj. Haron
3. Res Judicata - Aidil Khalid
4. Namun Itulah Hakikat - Nazel Hashim Mohamad
5. Air Mata Dalang - Rahimidin Zahari
6. Profesor Sufi - A. Rahmad
7. Gulai Sembilang untuk Abah - Fauziah Mohd Ismail
8. Kami Akan Mati, Lin - Seroja Theavy Balakrishnan
9. Perspektif - NF Abdul Manaf
10. Bukit Emas - Mufidah Hanum Yusuf

Dua buah teks drama dalam Antologi Kubengkan Sehelai Peta iaitu :

1. Anna - Kemala
2. Mat Piah dan Mr. Blackway - Mahizan Husain

Semoga  karya-karya ini dapat membina minat dan cinta murid terhadap karya sastera

Teks baru Kesusasteraan Melayu 2015 antara lain ialah :



Comments