Mengenang Salleh Kamil : Sang Antagonis


Nama sebenar Salleh Abdullah. Beliau dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Beliau mendapat pendidikan di Madrasatul Muqtabian sebelum mula bekerja di Studio Jalan Ampas di Singapura. Beliay dikaitkan dengan pelakon watak jahat di layar perak. Ia membawa kesan hingga ramai membencinya sampai ke luar filem. Lakonan jahatnya memang berkesan, terutama ketika membawakan sebagai Kapitai, tali barut Tentera Jepun dalam filem perang, Sergeant Hassan, yang menampilkan Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee sebagai pelakon utama filem berkenaan. Itulah  watak hitam dalam dunia lakon Melayu klasik - Salleh Kamil.

Sebelum menceburi filem, Salleh bekerja sebagai pemandu teksi. Beliau mencuba nasib bersama Nordin Ahmad menghadiri uji bakat menjadi pelakon di Singapura. Peranan pertama Salleh menjadi penari dalam filem 'Penghidupan' arahan L Krishnan (kini Datuk). Kemudian KM Basker menonjolkan Salleh sebagai pelawak dalam filem 'Miskin' sebelum S Ramanathan memberi watak jahat kepadanya dalam 'Sedarah'. Ternyata, watak jahat serasi pada dirinya, lalu silih berganti beliau diberi imej itu dalam filem seperti Penarik Beca, Anakku Sazali, Sarjan Hassan, Isi Neraka, Sumpah Orang Minyak dan Semerah Padi. Watak berdialog pertamanya ialah melalui filem 'Miskin' arahan K M Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti 'Sedarah' (S Ramanathan) memegang peranan jahat.

Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari. Ketika itu, Salleh muncul dalam filem 'Penghidupan' arahan L. Krishnan. Beliau juga pernah melakonkan watak baik dalam filem 'Lela Manja' serta sebagai pelawak dalam filem 'Tiga Abdul'. Menerusi filem 'Tiga Abdul' beliau sangat popular sebagai Tuan Penasihat, seorang lelaki batu api yang berkomplot dengan Sadiq Segaraga (lakonan Allahyarham Ahmad Nesfu). Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.


Pada 1967, Salleh muncul dalam filem 'Raja Bersiong' arahan Jamil Sulong. Walaupun MFP ditutup tahun itu, beliau terus menetap di Boon Teck Road sehingga 1973. Filem-Filem lakonan Salleh Kamil antaranya :

Istana Impian (1953)
Semerah Padi (1956)
Taufan (1957)
Sumpah Orang Minyak (1958)
Filem Batu Belah Batu Bertangkup (1959)
Raja Laksamana Bentan (1959)
Si Tanggang (1961)
Sri Andalas (1966)
Penarik Beca
Isi Neraka
Sarjan Hasan
Penghidupan arahan L. Krishnan
Miskin arahan K. M. Basker pada 1952 sebagai
Sedarah (S. Ramanathan) memegang peranan jahat.
Lela Manja
Jebat Maut  (arahan Jamil Sulong)
Tiga Abdul arahan P. Ramlee
Jefri Zain - Gerak Kilat.
Masyarakat Pincang (1958)
Pusaka Pontianak

Diludah dan dibaling kasut

Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Salleh Kamil ialah seorang pelakon Malaysia. Dia dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Dia aktif berlakon filem pada era 1950-1960-an. Salleh mendapat pendidikan di Madrasatul Muqtabian sebelum mula bekerja di Studio Jalan Ampas di Singapura.

Beliau dikenali pertama kali melalui filem Miskin diarahkan oleh KM Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti Sedarah (S Ramanathan) memegang peranan jahat.

Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari. Ketika itu, Salleh muncul dalam filem Penghidupan arahan L Krishnan.

Beliau juga pernah melakonkan watak baik dalam filem Lela Manja serta watak lawak dalam filem Tiga Abdul yang membawa watak Tuan Penasihat, seorang lelaki batu api yang berkomplot dengan Sadiq Segaraga (lakonan Allahyarham Ahmad Nesfu).

Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.

Pada 1967, Salleh muncul dalam filem Raja Bersiong arahan Jamil Sulong. Walaupun MFP ditutup tahun itu, dia terus menetap di Boon Teck Road hingga 1973.

Filem-filem yang pernah dimainkannya antara lain Istana Impian (1953), Semerah Padi (1956), Taufan (1957), Sumpah Orang Minyak (1958), Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Raja Laksamana Bentan (1959), Si Tanggang (1961), Sri Andalas (1966), Penarik Beca, Isi Neraka, Penghidupan arahan L Krishnan, Miskin arahan K M Basker pada 1952.

Sedarah (S Ramanathan), Lela Manja, Jebat Maut arahan Jamil Sulong, Tiga Abdul arahan P Ramlee, Jefri Zain-Gerak Kilat, Masyarakat Pincang (1958) dan Pusaka Pontianak. Salleh Kamil meraih penghargaan sebagai aktor pembantu terbaik dalam Penarek Becha (1955) dengan mendapat gelaran The Leading Crook Actor.

Salah satu filem yang beliau berlakon bersama P Ramlee ialah filem Sarjan Hassan yang tak boleh dilupakan bahawa watak Salleh memang tiada tandingannya lagi.
Dia pandai membawakan watak sebagai seorang penjahat genius di dalam setiap filem yang dilakonkannya.

Watak jahatnya juga dilihat hidup dengan lagak beraninya ketika bertarung dengan watak hero yang dilakonkan oleh pelakon pada zaman kegemilangannya antara lain Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Itulah sebabnya mengapa P Ramlee memilih Salleh melakonkan watak penjahat di dalam filem pertama Penarek Becha dan terakhir Tiga Abdul.

P Ramlee melihat bakat yang ada pada Salleh amat besar dan baik dalam melakonkan watak jahat.

Wajahnya yang bengis dan karakter jahatnya di filem dengan apa yang diceritakan oleh orang di sekelilingnya mengenai karakternya di luar filem, mengikut kisah, bukan saja dia pernah diludah, bahkan dilempar sandal akibat watak jahatnya yang terlalu berkesan dalam pelbagai filem.

Sampai sekarang masih banyak yang mencari filem lakonan berdialognya yang pertama yang bertajuk Miskin. Filem ini unik kerana Salleh membawakan wataknya sebagai seorang pelawak. Bayaran tertinggi sebagai pelakon yang pernah diperolehinya di Singapura adalah 350 dolar Singapura sebulan.

Beliau berkahwin sebanyak dua kali dengan isteri pertama Zahrah Pagi, dan isteri kedua Jumini Simin. Mempunyai 18 orang anak, 40 cucu dan tujuh cicit.

Lakonan terakhirnya di bawah arahan P Ramlee ialah dalam filem Tiga Abdul pada 1964 produksi MFP sebelum P Ramlee berpindah ke Malaysia meniggalkan Singapura.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4 Julai 1998 dalam usia 74 tahun kerana sakit tua.

perlis fm

Sisi antagonis beri impak buat industri
AKMALIAH RAZAK
September 4, 2013


S Kadarisman


Salleh Kamil



Shariff Dol

ERA perfileman Melayu klasik bermula pada 1933, di mana ketika itu, pengarah B S Rajhan mempertaruhkan filem, Laila Majnun, sebagai filem Melayu pertama yang ditayangkan di Tanah Melayu.

Bermula pada saat itu, era perfileman Melayu klasik mula berkembang sekali gus membariskan ramai bintang filem.

Malah, sehingga hari ini, nama-nama besar seperti Tan Sri P Ramlee, Nordin Ahmad, Latifah Omar, Umi Kalthum, Roseyatimah, Saadiah, Sarimah Ahmad, Datuk Mustapha Maarof dan Tan Sri Jins Shamsuddin, masih utuh dalam ingatan peminat filem Melayu.

Namun, di sebalik nama-nama besar ini, mungkin ramai terlepas pandang untuk mengenali watak-watak antagonis yang turut menjadi penggerak sesebuah filem.

Walaupun bukan hero mahupun watak utama filem, namun ada kala watak penyangak atau 'crook' ini lebih diingati dek kesan lakonan dan penghayatan itu.

Malah, ada antara babak atau dialog mereka masih diingati dan menjadi 'trademark' sehingga hari ini walaupun kebanyakan daripada pelakon itu sudah tiada.

Tidak kurang juga, dalam kalangan masyarakat turut membenci watak antagonis sehingga terbawa-bawa ke luar skrin.

Menurut pengalaman beberapa pelakon yang sinonim dengan watak penyangak, mereka terpaksa berhadapan dengan masyarakat yang kurang memahami kerja-kerja lakonan.

Ada antara mereka bertindak luar kawalan apabila pelakon yang sinonim dengan watak penjahat pernah dimarahi, dibenci dan kena ludah.

Perkara ini turut berlaku kepada Allahyarham Seniman Datuk Mahmud June, yang meninggalkan kita pada 13 Februari 2002.

Keberkesanan lakonan beliau yang sinonim dengan watak lelaki jahat dan miang tidak perlu dipertikai lagi, malah pelakon ini memiliki karakter yang pelbagai ekspresi.

Lihat sahajalah wataknya menerusi filem, Sri Mersing, Jalak Lenteng dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, imej misai taring, ekspresi wajah dan dialog mampu membuatkan penonton marah.

Pada awal penglibatannya, Mahmud telah diberikan watak penyangak menerusi filem pertama, Orang Lichin.

Pun begitu, Mahmud juga memiliki kebolehan berlawak dan melakonkan watak komedi termasuk watak Pak Maun menerusi filem, Nasib Do Re Mi.


Imej 'rokok paip' S Kadarisman

Dilahirkan di kalangan bangsawan, pemilik nama, S Kadarisman, sememangnya terkenal dengan watak antagonis.

Lihat sahaja imejnya dengan 'rokok paip' menerusi filem, Antara Dua Darjat, watak jahatnya itu memberi kesan kepada penonton.

Selain itu, beberapa filem yang turut menampilkan sisi jahat pelakon yang juga pengarah ini termasuk, Mogok, Saudagar Minyak Urat, Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Laksamana Bentan, Lela Manja, Panji Semerang, Singapura Dilanggar Todak, Batu Durhaka, Norlela, Dayang Senandung, Tiga Abdul, Ali Baba Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.

Meskipun tidak pernah diberi watak utama, namun kebolehan menjiwai pelbagai watak terutamanya antagonis memberi peluang kepadanya untuk meraih kepercayaan pengarah filem.

Malah, beliau yang mesra disapa Pak Kadar ini dikatakan pernah menjadi pelakon yang menerima gaji paling tinggi pada ketika itu.

Selain itu, Kadarisman turut terlibat dalam bidang pengarahan. Antara filem arahannya termasuk, Pendekar Empat, Kembang Layu, Perintah Seri Paduka, Panca Indera Harimau Berantai. Kudrat, Darma Kesuma, Hutang Darah, Pendekar Sakti, Darah Panglima dan Bujang Tua SS.

Kadarisman meninggalkan peminat buat selama-lamanya pada 17 Februari 1989 akibat penyakit kencing manis dan jantung. Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.


'Bapa crook'!

Dalam sejarah perfileman Melayu klasik, nama Salleh Kamil boleh diangkat sebagai penyangak nombor satu atau `bapa crook filem Melayu’.

Ini kerana, raut wajah bengis menjadi penggerak kepada watak jahat yang sebati dengan dirinya.

Mula berkhidmat di Studio MFP sebagai pemandu, Salleh diangkat sebagai pelakon menerusi filem pertamanya, Patah Seribu.

Kredibilitinya sebagai 'crook' mendapat pujian ramai setelah bergandingan bersama P Ramlee menerusi filem Sedarah dan Panggilan Pulau.

Setelah P Ramlee berjaya duduk di kerusi pengarah, Salleh terus menjadi 'ayam tambatan' untuk watak-watak jahat termasuk Penarik Beca dan Semerah Padi.
Watak Buang yang dibawa Salleh menerusi filem Sarjan Hassan meletakkan populariti Salleh kian di puncak.

Malah, sisi gelap Salleh terus diangkat dalam filem Isi Neraka. Menerusi filem, Tiga Abdul pula, Salleh tidak lari dari watak yang sinonim dengannya sebagai Tuan Penasihat.

Selepas MFP ditutup pada 1967, Salleh memilih untuk bersara dan akhirnya meninggal dunia pada 4 Julai 1998 kerana sakit tua.


'Samseng Kampung Dusun'

Siapa tak kenal dengan tagline ini. Watak samseng yang dibawa Shariff Dol menerusi filem, Seniman Bujang Lapok, ini kekal melekat di hati peminat.

Walaupun hanya pelakon pembantu, namun watak penyangak Shariff Dol atau nama sebenarnya, Shariff Dol Asnawi, tetap diingati sehingga kini.

Sepanjang penglibatannya, Shariff Dol membintangi lebih dari sepuluh filem, termasuk Lela Manja, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi, Jefri Zain, Gerak Kilat, Pendekar Bujang Lapok dan Si Tanggang.

Shariff Dol meninggal dunia di usia 53 tahun pada 27 april 1979 akibat komplikasi pelbagai penyakit.

sinar harian

Comments