Main Puteri

Main Puteri, atau disebut juga Main Teri, Main Peteri merupakan seni tradisi Melayu yang sering dikaitkan dengan perubatan Melayu.

Beberapa catatan di bawah menjelaskan tentang seni main puteri. 


Main teri diancam kepupusan
Oleh RAHIMIDIN ZAHARI


Main Teri merupakan salah satu perubatan tradisi yang amat popular dan diamalkan oleh masyarakat Melayu Kelantan-Pattani sejak beberapa abad yang lampau.

Di kalangan Tok Teri (Ketua kepada kumpulan Main Teri) sendiri terdapat beberapa pandangan yang berbeza mengenai sejarah dan asal-usul Main Teri.

Ada yang menganggap Main Teri telah bermula sejak zaman cucunda Nabi, iaitu Hassan dan Hussein dan perkataan 'Teri' itu dirujuk kepada puteri nabi, Siti Fatimah.

Terdapat juga Tok Teri yang menghubungkan Main Puteri dengan Puteri Saadong, seorang tokoh legenda dalam tradisi lisan rakyat Kelantan.

Pandangan yang lain pula merujuk kepada kuih puteri mandi, kerana kuih itu disediakan sebelum upacara Main Teri dilangsungkan.

Manakala pendapat yang lain lagi menghubungkan Main Teri dengan hubungan jiwa dan rosak, iaitu tradisi perubatan untuk mematerikan iaitu menyatukan roh dan jiwa yang sakit.

Dalam perubatan tradisi Main Teri terdapat gabungan antara unsur Islam dengan unsur magis dan ritual.

Selepas sahaja upacara 'baca kenduri' yang sebutan bacaannya bercampur antara ayat-ayat al-Quran dengan jampi dan mantera, Tok Teri akan tampil di depan para pemuzik dan pesakit yang akan diubati.


Khalayak akan menyaksikan upacara menurun yang benar-benar terjadi di hadapan mereka. Pesakit akan diseru dan dibangkitkan angin dari dalam dirinya dan angin sakit itu akan dipindahkan ke dalam diri Tok Teri yang bertindak sebagai pengantara.

Tok Teri akan bersoal jawab dengan Tok Minduk. Melalui soal jawab antara Tok Teri dengan Tok Minduk inilah rahsia penyakit yang dideritai oleh pesakit akan diketahui.

Semasa proses perubatan ini Tok Teri akan berubah-rubah perwatakannya, seperti menjadi orang cacat, bercakap sengau, menjadi bengis dan garang, menjadi budak terencat akal, menjadi orang tua nyanyuk dan pelbagai watak lain untuk menceritakan kekusutan jiwa pesakit.

Pada bahagian ini khalayak dapat menyaksikan bagaimana aspek lakonan terbentuk semasa Main Teri dan karakter-karakter ini pasti mencuit hati sehingga mencetuskan gelak-ketawa.

Tok Teri akan meminta pemuzik yang mengiring memainkan pelbagai lagu mengikut jiwa pesakit.

Elemen muzik dan unsur nyanyian ini menuntut keupayaan Tok Teri bagi mengalunkan pelbagai lagu dan rentak.

Lagu-lagu itu seperti lagu paluan bertabuh dalam wayang kulit, kemudian beralih kepada lagu dalam makyung sekiranya pesakit ada kaitan penyakitnya dengan angin Dewa Muda.

Pada masa dulu dikatakan lebih 50 buah lagu dalam Main Teri, namun hari ini, tidak sampai 10 buah lagu 'gerak teri' yang masih dimainkan. Antara lagu-lagu yang lazim dinyanyikan adalah Kijang Mas, Lagu Mengulit, Lagu Pendekar, Lagu Cik Muda, Lagu Menora, Lagu Cik Kojo dan Lagu Abe.

Semasa proses perubatan dengan bacaan jampi dan mantera, bertih iaitu padi yang dibakar atau goreng, dan beras kunyit akan ditaburkan kepada sekeliling bangsal tempat persembahan.

Tok Teri akan menjadi lupa melalui proses 'menurun' yang dilakukan dengan iringan muzik oleh awak-awak atau disebut juga sebagai panjak. Gelengan kepala Tok Teri akan semakin kuat pusingannya mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh para panjak.

Ketika inilah pesakit yang sedang berlunjur atau terbaring itu akan bangun menari mengikut paluan muzik oleh panjak-panjak.

Sekiranya pesakit mempunyai angin pendekar, dia akan bersilat dengan Tok Teri. Sekiranya dia memiliki angin bertumbuk (tomoi) dia akan mengajak untuk bertomoi dengan Tok Teri. Tok Teri kebiasaan akan melayan pesakit mengikut angin pesakit.

Dalam Main Teri, alat muzik yang digunakan seperti rebab, serunai, tetawak, gendang, geduk, canang dan juga kesi. Alat-alat muzik ini akan berada di hadapan Tok Teri yang berdepan dengan Tok Minduk.

Tok Minduk pula akan berada pada satu tempat secara statik dengan alatan muzik di sebelah kanannya. Sekiranya Tok Minduk memiliki kemahiran sebagai pemuzik, kebiasaannya dia akan bercakap sambil menggesek rebabnya.

Baru-baru ini Teater Elit dengan kerjasama DBP telah membawa Abang Mat Tok Teri atau nama asalnya Che Mohd. Zailani Che Moh untuk membuatkan pertunjukkan Main Teri.

Abang Mat yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan, merupakan antara beberapa orang Tok Teri yang masih ada dan mengamalkan tradisi tersebut tatkala ia diancam kepupusan.

Dia memilik pengalaman sebagai Tok Teri lebih 15 tahun dan tidak dinafikan mempunyai kekuatan dan bakat sebagai pemain utama Main Teri.

Tok Teri ini pernah mengubat pesakit di seluruh Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan ke selatan Thailand.

Main Teri dikaitkan dengan unsur angin yang akan dibangkitkan oleh Tok Teri atau dalam bahasa Main Teri disebutkan sebagai 'isih'. Nama-nama 'isih' atau angin tersebut termasuklah Raja Dua Belas tersebut dikenali sebagai Sulung, Bimbaran Empat, Pahlawan Empat, Sertan Empat, Megat Empat, Cik Siti Putih Nahkoda Anjung, Mamud Kuning Hayun Manis Hitam Ayun Baka, Anak dewa Di Gunung, Awang Pengasuh, Mahat Gemala Gajah, Awang Kasim Gila, Anak Dewa Tujuh, Anak Kumbang Tujuh, Hala tujuh, Bidang Tujuh dan Hitam Perlima Laut.


Tok Teri akan mengucapkan:

Sulung kecik
Penganjur raja nakding
Penganjur dewa
Sayang pengasuh sifat
Gading permata hitam
Negeri kota tahkit
Kebayat bunga
Seniur raja
Tanah isi alam
Bendang kabar
Telat gading
Gere kecik
Dulang saksa
Gedung manik
Ganti pura….

Main Teri, walaupun satu kaedah perubatan tradisional, tetapi yang menariknya di dalam persembahan perubatan Main Teri terdapat unsur-unsur teater moden yang menggabungkan lakonan, nyanyian, tarian, mimos dan muzik.

Sebab itu juga Main Teri dianggap teras asal kepada segala bentuk persembahan tradisi Kelantan-Pattani seperti makyung, wayang kulit, dikir barat, bageh dan beberapa bentuk permainan tradisi yang lain.

Bagaimanapun di Kota Bharu sendiri umpamanya, amat sukar untuk mencari seorang Tok Teri yang masih meneruskan tradisi tersebut. Kumpulan Main Teri yang masih bertahan berjumlah tidak lebih daripada tiga kumpulan iaitu di Pasir Puteh, Tumpat dan Tanah Merah (kumpulan Abang Mat sendiri).

Main Teri juga menghadapi cabaran 'pengharaman' kerana unsur-unsur bacaan jampi mantera banyak bertentangan dengan anutan akidah Islam.

Masa depan Main Teri sebenarnya sedang menuju ke hujungnya yang runcing. Hampir tidak ada generasi muda yang berminat untuk meneruskan tradisi ini sebagai mata pencarian.

Sebagai sebuah persembahan perubatan yang berkait rapat dengan teater tradisi, langkah yang diambil oleh Teater Elit untuk memperkenalkan Main Teri kepala khalayak seni di Kuala Lumpur adalah wajar diteruskan atau dihidupkan.

Ia perlu dilihat di luar daripada lingkungan perubatan atau pengubatan, sebaliknya sebagai seni persembahan yang merangkumi pelbagai unsur seni persembahan dalam satu rangkuman.

utusan malaysia


Seni Main Puteri perlu dipelihara
Wartawan Sinar Harian

BACHOK - Kesenian main puteri semakin pupus ditelan zaman berikutan ia tidak lagi menjadi medium perubatan dalam masyarakat.

Penyelaras program demonstrasi main puteri di pentas santai kesenian Kampung Tempoyak, Mohd Idris Ibrahim atau Abe Jali berkata, demonstrasi main puteri itu diadakan bagi memperkenalkannya kepada generasi muda.

Menurutnya, demonstrasi itu dikendalikan kumpulan Abe Mat Jedok, Tanah Merah bermula dari jam 10 malam.

“Ini adalah salah satu kesenian tradisi yang semakin dilupakan dan mungkin masih ramai anak muda kita yang tak tahu apa itu main puteri.

“Suatu ketika dahulu ia menjadi dipersembahkan untuk mengubati pesakit angin atau spiritual.

"Kini ia tidak lagi dijadikan suatu kelaziman dan sebab itu kami anjurkan demonstrasi ini untuk memperkenalkannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Kumpulan Abe Mat Jedok ini turut dibantu kumpulan Seri Bemban dari Pasir Mas yang menarik perhatian kira-kira 300 penduduk berdekatan.

Bagi sesetengah kelompok penduduk suatu ketika dahulu, ramai yang sembuh dari penyakitnya setelah menganjurkan main puteri.

Katanya, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berasaskan kebudayaan dan kesenian, pihaknya akan terus menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha untuk memartabatkan kesenian Kelantan.

Sinar Harian



Main Puteri for Healing Illness


Traditional Malay Medicine encompasses various kinds of ritual ceremonies intended to communicate with the world of spirit to determine whether the nature of an illness is physical or psychological. In such ceremonies, the aim is to summon and exorcise the spirits causing the illness. A ritualist serves as a medium, and a small ensemble often provides the musical component. Known by different names, healing rituals appear in different forms. The main saba (a curing ceremony, incorporating dance around a saba tree) and main lukah (a fishermen’s curing ritual performed in Pahang) are regional types using song, dance and drumming. The main puteri (peteri), another form that extensively uses music, is found in Kelantan and Terengganu.

In the main puteri, a medium (tok puteri, tok teri, bomoh) becomes possessed by the spirit causing an illness. The performance of vocal and instrumental pieces helps him enter a state of trance. A trance-dance (tarian lupa) is a prominent feature of the ceremony. An assistant, the tok minduk, plays the rebab as he converses and sings in dialogue with the medium. The orchestra used in Kelantan is larger, perhaps because of the occasional performance of the main puteri with the mak yong (resulting in a hybrid form, main puteri-mak yong). The contemporary main puteri orchestra of Kelantan includes the core mak yong orchestra (a rebab, a pair of gendang, and a pair of tetawak), plus or more canang, a pair of kesi and sometimes an oboe.

The dialogue between the tok minduk and the tok puteri is sung in a slow tempo. With long gong units, long rhythmic patterns in the drum part, and vocal line featuring a basically syllabic style of singing. The rebab accompanies the vocal lines of both singers by either playing heterophonically with the voice or reiterating short melodic phrases as ostinatos. The trance-dance sections feature the repetition of brief going units and short drummed rhythms, a fast tempo, and the reiteration and emphasis of the running beat by the small gongs and the hand held cymbals.
Main Puteri for Healing Illness

the malay medicine

Persembahan Main Puteri

Sebelum majlis dimulakan, ia dimulai dengan bacaan doa selamat yang menampilkan Tok Puteri mempersiapkan diri sambil membaca doa tertentu manakala Tok Minduk yang dibantu oleh anggota oleh 10 atau 11 orang anggota akan mengiring main puteri dengan iringan tiupan serunai dan pukulan rebab, gendang ibu, gendang anak, gedombak ibu, gedombak anak, tetawak dan canang, sebelum bertih dan beras kunyit ditabur di ke empat penjuru ruang. Kebiasaannya rawatan diadakan pada sebelah malam, ada kalanya dalam tempoh dua atau tiga jam, malah berlarutan hingga pagi.

Main Puteri dianggotai oleh dua watak utama iaitu Tuan Puteri dan Tok Minduk yang bermain rebab dan diiringi oleh paluan gendang ibu dan anak. Ketika Tuan Puteri lupakan diri, semangat halus akan meresap kedalam tubuh Tuan Puteri dan tok minduk akan menyoal makhluk halus tersebut untuk memastikan punca penyakit.

Main Puteri akan dimainkan selama satu sehingga tiga malam untuk tujuan berubat penyakit disebabkan oleh rasukan maklus halus, hilang semangat, ketidak seimbangan tenaga dalaman, dan juga oleh gangguan angin (kehendak yang tidak dipenuhi.) Main Puteri diiringi oleh peralatan muzik sama dengan Mak Yong seperti rebab (alat muzik bertali tiga),.gendang dua kepala, dan tetawak.

Ritual Main Puteri

Comments

Post a Comment